Sanggul Beracun

Filem cereka Sanggul Beracun yang ditayangkan pada 15 Mei 2011 adalah karya Sabri Yunus diadaptasi secara longgar daripada Cik Siti Aminah Tanah Mahsyur atau Cik Siti Jalang yang kisahnya menjadi lagenda di Kota Tinggi, Johor pada abad ke 17, iaitu sezaman dengan pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Filem ini adalah filem Malaysia pertama yang ditayangkan di platform "Over-The-Top" melalui Saluran 131 Astro Citra (langgan Mustika), dan memulakan langgan filem di saluran televisyen berbayar berkenaan [1]. Filem ini memenangi anugerah utama di Anugerah Skrin 2011 dan berjaya mengembalikan semula Sabri Yunus ke dunia penerbitan drama dan filem tanahair[2]. Lakonan hebat Erra Fazira juga berjaya dicalonkan di peringkat akhir untuk kategori Pelakon Televisyen Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2011. Filem ini juga menerima pencalonan untuk Sichuan TV Festival Gold Panda Awards 2013 bagi kategori Fotografi Terbaik dan dialih bahasa ke Bahasa Inggeris iaitu Poisonous Coiffure untuk tayangan antarabangsa [3].Ini juga merupakan pengalaman kali ketiga buat Erra apabila disolek dengan kesan khas latex setelah filem Cinta Kolestrol dan Hingga Hujung Nyawa untuk menampilkan wajah jelik bagi watak Siti Aminah.

Sanggul Beracun

Bahasa Melayu
Syarikatpenerbitan
Balang Rimbun Production
Disunting oleh Kamil Hashim
Pengarah Sabri Yunus
Tarikh tayangan
  • 15 Mei 2011 (2011-05-15) (Malaysia, Singapura, Brunei)
  • 10 November 2011 (2011-11-10) (Indonesia, China)
Masa tayangan 90 minit
Negara Malaysia
Penulis Sabri Yunus
Dihasilkan oleh Syahid Johan
Dibintangi
Diedarkan oleh Astro Shaw